Assalamualaikum Pembuka Bicara
Assalamualaikum Pembuka Bicara... ini merupakan penulisan pertama aku dalam blog yang baru ku dibuka. Aku bukanlah penulis handalan, madah hebat dan puitis. Aku hanya penulis biasa yang langsung tiada kemahiran dan tiada pengalaman menulis. Berlatarbelakangkan pendidikan yang bukan dari bidang bahasa, aku hanya sekadar suka-suka menulis di sini sekadar untuk mengisi luangan masa yang ada.
Sebelum ini, banyak ku dengar tentang penulis-penulis blog yang berkarya dan sebagainya. Sesungguhnya aku jarang sekali melayari mana-mana laman blog. Tiada tujuan khusus ku buka blog ini, bermakna tiadalah tema khusus yang ingin ku sampaikan. Buat masa sekarang, apa yang terlintas di fikiranku, aku wujudkan 3 tajuk utama iaitu Sembang Hemoi , Pantunku dan Warisan Ulama
Sembang Hemoi adalah topik bebas yang aku buka, akan ku biacarakan segala yang terlintas di fikiranku mengikut pandangan perspektif akal ku. Mungkin juga hal semasa , kehidupan atau apa sahaja....
Ruangan Pantunku pula adalah ruangan untuk ku muatkan pantun-pantun yang pernah ku reka sepanjang aku terlibat dalam dunia internet yang mana sebahagiannya ada dalam simpanan ku manakala sebahagian lagi telah hilang. Akan ku muatkan pantun-pantun koleksi rekaan ku serta pantun-pantun yang ku fikir cantik dan hebat, juga mungkin ku selitkan pantun-pantun lama yang indah dan klasik yang ku perolehi dari buku mahupun dunia cyber ini.
Ruangan Warisan Ulama pula akan ku muatkan artikel yang pernah keluar dalam dunia cyber ini, majalah atau suratkhabar. Buat permulaan, aku akan muatkan artikel-artikel dari Allahyarham Tuan Guru Wan Mohd Saghir di mana kebanyakan artikelnya aku kutip dan simpan dari Ruangan Bicara Agama dari akhbar. Ku kira sedikit sebanyak kita dapat manfaat dan keberkatan dari ilmu serta maklumat yang Tuan Guru sampaikan.
Penulisan ku adalah bebas, sekiranya menyentuh hati, terusik atau terguris mana-mana pihak, aku pohon ampun dan maaf. Bukanlah niatku mahu aibkan sesiapa, tapi sekadar berpegang pada " Yang Haq Tetap Haq" dan "Katakan Benar Walaupun Pahit.!!".
Sekian.. Salam Untuk Semua...
"Tidak Di Mahkota Sebagai Pahlawan Selagi Diri Tidak Rela Menjadi Korban Kepada Pengorbanan"
Label: First Wave
